3rd Date With MyIcon Preview!!

Seperti yang di janjikan didalam post sebelum ini 3rd Date with MyIcon, program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih dari 100 orang belia yang terdiri daripada belia-belia berpesatuan dan belia-belia yang tidak berpesatuan. Dengan kehadiran My Icon seperti Lisa Surihani, Lim teck Hoe, Hoong Ling dan Dr, Nawar sebagai icon, mereka ini berjaya memberikan semangat, inspirasi dan nasihat yang berguna kepada belia-belia yang hadir.

Program ini juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Program ini dijalankan secara santai dengan  sesi pengenalan dari icon-icon belia yang terpilih dan diteruskan dengan sesi soal jawab antara My icon dan peserta yang hadir. Secara jujurnya program My Icon ini telah memberikan impak yang positif kepada belia dimana mereka dapat berkongsi pengalaman secara terus bersama icon belia mereka yang mempunyai kejayaan didalam bidang masing-masing

Tahukan anda bahawa icon-icon yang terpilih sebagai My icon atau Malaysian Youth Icon ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap program ini. Mereka adalah antara orang yang sibuk dengan dunia populariti dan bidang yang diceburi, tetapi dengan semangat mereka untuk menyumbang atau berkhidmat kepada negara mereka telah memberikan komitmen 100% secara sukarela tanpa bayaran.

Kini My Icon telah sampai ke tahap yang ke dua dimana ditahap pertama tiga sesi bersama My Icon telah dijalankan. Diharap program My Icon yang seterusnya akan dapat dijalankan dengan lebih terbuka agar pengalaman menarik dari icon-icon ini dapat dikongsikan dengan lebih ramai lagi belia. Oleh itu kepada yang tidak berpeluang untuk lepak  bersama-sama My Icon, dibawah ini kami sertakan gambar-gambar semasa porgram ini untuk tatapan anda.

 

Dato Saifuddin Abdullah sedang bertanyakan sesuatu kepada para icon

My Icon Hoong Ling sedang menceritakan pengalaman beliau sebagai penderma organ 

Dr, Nawar menceritakan pengalaman beliau semasa pemilihan Angkasawan Pertama Malaysia

Lisa Surihani sedang memberikan tips-tips kejayaan dan pengurusan waktu

My Icon Lim Teck Hoe berkongsi sedang pandangan kepada belia-belia yang hadir

Antara wajah peserta yang hadir ke program My icon

Untuk melihat gambar keseluruhan program 3rd Date With MyIcon ini, anda bolehlah melihatnya di fanpage vyrec dan anda dibenarkan untuk “Tag” gambar anda di album tersebut, click link berikut untuk ke album:

Untuk mereka yang ketinggalan didalam program My Icon ini, My Icon adalah hasil salah satu Inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia ( The Gen Y Lab) dan anda boleh rujuk post mengenai Program ini di Link berikut:

  1. Pengenalan Makmal Transformasi
  2. Pengenalan My Icon / Youth Icon
  3. 1st Date With My icon
  4. 2nd Date With My icon
  5. 3rd Date With My icon

 

Related Posts:

  • 12 November lepas program kedua MyIcon telahpun berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran icon-icon terkenal seperti  Altimet,  Nabil Jeffri, Ng Yeen Seen,  Dr. Sharahwanaun Muthusamy dan ..
  • Program ini adalah salah satu Inisiatif transformasi Kementerian Belia dan Sukan hasil dari pelaksanaan Makmal Transformasi Pembangunan Belia iaitu 'Youth Icon'. Inisiatif ..
  • Pada 05-10 February 2012 Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia dengan kerjasama Persatuan Powerlifting Para Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan ..
  • Pada 29 oktober 2011 akan diadakan program petama My Icon, My Icon adalah hasil inisiatif dari Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang asalnya ..
  • SENYAP merupakan singkatan kepada program ( Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama ..
Did you like this? Share it:

Ruangan Komen

2 Comments

Comments are closed.

  1. Power…teruskan kesinambungan program tersebut. Setju dgn apa yg dikatakan oleh lisa surihani pada masa sessi tersebut. Sejauhmana ikon2 belia ini akan melahirkan lebih ramai lisa surihani, lebih ramai altimet, lebih ramai millionnaire sisters… Apa2 sahaja aktiviti kesemua ikon boleh dibuat pautan atau link atau hebahan di dalam channel yg akan mendapat manfaat kepada semua belia yang ingin mengikuti jejak langkag ikon2 belia yg telah berjaya dalam bidang masing2 tersebut.