Hot! E-Belia Blog Contest Winner..!!

Bulan lepas kami ada menganjurkan satu kontes blog iaitu ( e-belia Blog Contest ) dimana para blogger yang menyertainya dikehendaki menulis post atau entry mengenai e-belia dan kepentingannya. Pertama sekali pihak Vyrec ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger  yang terlibat, bukan senang untuk menulis mengenai isu belia sedangkan media masa yang sedia ada mengatakan isu belia tidak ada commercial value, namun atas usaha dan tanggungjawab blogger kita terhadap pembangunan belia anda semua telahpun menyumbang kepada pembangunan belia tanpa memikirkan nilai commercial value tersebut.

Sudah sekian lama para peserta menunggu pengumuman pertandingan ini dan pada hari ini kami akan mengumumkan pemenang untuk kontes ini. diharap para blogger yang menyertai kontes ini berpuashati dengan keputusan yang disediakan, adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah.Kami telah menilai beberapa aspek semasa memilih pemenang seperti isi kandungan, posisi banner e-belia dan juga kreativiti yang digunakan semasa menulis entry ini.

Oleh itu diharap kepada yang tidak berjaya untuk memenangi hadiah utama diharap bersabar kerana bagi kami hadiah bukanlah semata-mata, kami ingin mengajar belia kita agar dapat menyumbang kepada negara walau dengan apa cara sekalipun dan anggaplah penulisan anda adalah satu sumbangan anda terhadap negara. Dan kepada yang menang tahniah diucapkan diharap anda terus dapat bersama-sama vyrec untuk menggunakan sauran Informasi Teknologi sebagai medium pembangunan belia.

Di bawah ini adalah senarai pemenang hadiah utama dan saguhati:

Tempat Pertama:

Arrifshah.com : Memenangi voucher tambah nilai sebanyak RM 200

Tempat Kedua :

Joegrimjow.blogspot.com : Memenangi voucher tambah nilai sebanyak RM 150

Tempat Ketiga :

ceritekualisenduk.blogspot.com : Memenangi voucher tambah nilai sebanyak RM 100

Tempat Ke 4 Hingga 10 : Menerima  voucher tambah nilai sebanyak RM 50

Hadiah Saguhati : Menerima voucher tambah nilai sebanyak RM 20
Kepada pemenang-pemenang hadiah utama dan saguhati anda dikehendaki meng emailkan kami butiran seperti berikut:
1. Nama dan Alamat penuh : tujuan untuk penyerahan sijil dan sedikit merchandise.
2. Topap telco yang ingin di claim mengukut hadiah yang dimenangi, anda boleh pilih sama-ada Celcom, Maxis dan DIGI sahaja.
Anda dikehendaki emailkan butiran tersebut di email itym2007@yahoo.com
Diharap semua pihak berpuashati dengan kontes yang dijalankan, segala kesulitan dan kekurangan harap dimaafkan dan sertailah kami untuk kontes yang akan datang kerana sumbangan anda terhadap pembangunan belia Malaysia adalah amat diperlukan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada anda semua.

Related Posts:

  • Hari ini 21 Mac 2012 adalah tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 yang akan diumumkan selepas pukul 10 pagi di semua pusat peperiksaan ..
  • Contest ini adalah bertujuan untuk mempromosikan sistem Pendaftaran Profil  e-belia yang digunakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia IPPBM.  Tujuan E-Belia diwujudkan adalah ..
  • Program ini adalah salah satu Inisiatif transformasi Kementerian Belia dan Sukan hasil dari pelaksanaan Makmal Transformasi Pembangunan Belia iaitu 'Youth Icon'. Inisiatif ..
  •   Parlimen Belia Malaysia adalah Hasil dari salah satu initiative Makmal Transformasi Pembangunan Belia, Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Parliment Belia Malaysia sila ..
  •   Kepada warga Muar, Dijemput ke Karnival Mesra Belia Muar yang akan diadakan di Dataran Tanjung Emas Muar bermula pada 28 hingga 29 ..
Did you like this? Share it:

Ruangan Komen

3 Comments

Comments are closed.

  1. tahniah kepada semua pemenang.. :)

  2. oh ye baru perasan ada dua nama blog yang sama kat atas…heheh