Pengenalan Makmal Transformasi Pembangunan Belia
Makmal Transformasi Pembagunan Belia adalah satu makmal yang ditubuhkan dibawah Goverment Transformation Program (GTP). Makmal ini ditubuhkan pada oktober 2010 dan telah di anggotai oleh 39 orang ahli yang terdiri daripada wakil dari:
- Kementerian/agensi kerajaan
- Persatuan belia
- Badan-badan bukan kerajaan
- Pemimpin belia dan individu
- Bumiputera dari Sabah, Sarawak dan Orang Asli
Hasil daripada penubuhan makamal ini telah berjaya melahirkan enam inisiatif yang akan menjadi tunjang kepada penghasilan belia malaysia yang “ideal” yang berlandaskan tiga prinsip iaitu daya pemikiran, tindakan dan usaha, dimana tiga prinsip ini akan menghasilkan belia Malaysia yang mampu bersaing didalam urus permodenan dan globalisasi
Enam inisiatif mamal yang berjaya di tubuhkan adalah seperti berikut: (Klik pada Inisiatif untuk maklumat lanjut)
Kajian yang digunakn didalam makmal ini adalah berlandaskan kajian “gap generation ” yang terdiri daripada Baby boomers, generasi x, generasi Y dan generasi Z. Hasil daripada kajian generasi ini telah membolehkan kajian makmal mengenalpasti bidang-bidang utama yang menjadi keutamaan belia yang harus di beri perhatian oleh kerajaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status perlaksanaan Makmal ini teruskan menerima update di page vyrec.


















9 Comments