banner

The New Stuff

candy_crush_iphone_lolipop_hero2

Tips & Trick Candy Crush !


65.1K Share Twitter 0 Facebook 18 Google+ 65.1K Email -- 65.1K SHARE ×
 

Demam Candy Crush SAGA memang amat dalam kan ? Tidak kira muda tua, bekerja kerajaan, swasta mahupun yang goyang kaki tak tinggalkan peluang bermain permainan Candy Crush ni ! Game ini di dibuat oleh sebuah syarikat bernama “KING” yang awalnya dilancarkan di Facebook pada 12 April 2012 dan kemudiannya dikembangkan ke smartphone seperti Android dan iOS pada 14 November 2012. Game ini berjaya menawan permainan Farmville 2 sebagai game paling popular di Facebook pada March 2013 dengan anggaran 45.6 million pemain sebulan !  WOW dasyat kan … Games yang “ala kadar” ini mampu menarik minat semua golongan masyarakat dari seluruh negara ! Kerana kepopularitinya yang kuat, muat turun Candy Crush Saga di PlayStore & AppStore berjaya mencecah melebihi 10 millions pada Desember 2012 !

Kemana je pergi, bila ada orang pegang smartphone mesti tengah main Candy Crush Saga ni ! Ada kes sampai laki bini gaduh bai dek kerana game ni punya pasal. Mana tidaknya, bila si suami gian sangat main Candy Crush ni, si isteri macam batu je duduk sebelah… Permainan yang menarik ini, secara asasnya adalah untuk melepasi setiap level dan mampu mendapat ‘score’ terbaik dari kawan2 Facebook. Ada perlbagai jenis strategi dan cara orang guna untuk melepaskan ke peringkat seterusnya !

Okay post ini untuk ajar secara basic dan mudah untuk bermain Candy Crush ni. Jom tengok 10 tips kat bawah ni !

 

1. CARI WARNA YANG SAMA

Pernah dapat Donut bulat dan Special Candy tak ? Best kan sebab boleh mudahkan korang untuk dapat lebih banyak markah ! Korang kumpul warna mana yang sama sebanyak yang mungkin dan nanti secara ajaibnya akan jadi. Tak percaya cuba korang try !

candy_crush_cheats_screens_1

2. MULA DARI BAWAH !

Selalu pecahkan candy dari bawah dahulu kerana berkemungkinan lebih banyak pergerakan candy diatasnya dan lebih banyak yang akan meletop.

3. DAPATKAN COMBO

Untuk mendapatkan COMBO adalah dengan membina sebanyak ‘combination’ candy yang boleh ! Guna la ‘wrapped Candy’ dan ‘stripped Candy’ untuk memudahkan kerja korang. Dengan ini korang boleh lah korang ‘bersih’ kan sikit board game tu. Jangan membuta tuli pecahkan candy tu okay ! Bila tiba level yang susah seperti 181 korang kena gabungkan candy ini kerana level seperti ini memerlukan korang memecahkan ‘icebox’ yang perlu dipecahkan dahulu baru boleh gerak.

candy_crush_cheats_screens_3

4. KENALI CANDY STRIP

Candy yang mempunya strip atau belang mampu memecahkan sebaris candy yang ada. Mengikut corak belang candy tersebut, jika menegak ia akan memecah candy secara baris menegak. try lah !

candy_crush_cheats_screens_4_fixed

5. BUNUH MUSUH !

Mengikut level, ada yang mempunyai ‘evil’ ! Korang boleh try musnahkan Bomb dahulu , pecahkan chocolate dan kemudian barulah Block !

6. BERSIHKAN JELLY YANG ADA…

Bila berdepan dengan Jelly, korang perlu selesaikan yang ada ditepi board dulu yang utamanya corner dan bawah . Bila selesai disekeliling board baru lah mudah korang nak pecah kan jelly ditengah kan ? :)

7. MESTI ADA PLAN !

Setiap kali memasuki level baru, cari dulu element yang susah untuk diselesaikan dan fkir cara untuk selesaikan nya sebelum menggunakan “lives’.

8. Chocolate ?

Jika korang pecahkan Chocolate dipusingan pertama, korang takkan dapat chocolate dipusingan seterusnya. Jadi Musnahkan chocolate supaya tak membiak dipusingkan seterusnya okay !

candy_crush_cheats_screens_8

9. +5 Candy memang ohsem !

Dapatkan rantaian candy dengan +5  tidak kira level apa. Ini boleh dapatkan 5 saat masa tambahan bila bermain di level “time trial” dan “clear the jelly”.

candy_crush_cheats_screens_9

10. “CHEAT” MASA UNTUK DAPATKAN LIVES !

Jika korang guna Smartphone, cara terbaik untuk cepat dapat ‘lives’ adalah dengan menipu waktu! Mudah je, tukar je masa di henpon korang supaya 2 jam kedepan awal !

candy_crush_cheats_screens_10

PS : Ni gua punya level sudah jauh keatas…hahaha

1013993_10200581848248359_1009575248_n

65.1K Share Twitter 0 Facebook 18 Google+ 65.1K Email -- 65.1K SHARE ×

Recently Published

1111
»

4 direman bantu siasatan UPSR bocor

  Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk ...

1111
»

Rumah Berkonsep Tergantung di Tepi Tebing.

  JIKA anda impikan mempunyai kediaman di atas lautan, ...

1111
»

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014

  Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia ...

111
»

KYROL Internet Security Anti-Virus Buatan Malaysia

  Bilangan ancaman malware termasuk virus, spyware, ...

111
»

10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi (Dalam Pembinaan)

  RAMAI tahu pencakar langit tertinggi di dunia hari ini ...

111
»

4 bilik hotel dengan design luar biasa untuk percutian yang hebat !

  Bilik Poseidon Bilik di atas daratan sudah menjadi ...

4
»

Apple menerima sindiran dari pelbagai pihak mengenai design terbaru iPhone

  Setelah pelancaran model terbaru iPhone 6, banyak pihak ...

aaaa
»

Kertas Sains UPSR bocor, Tangguh ke 30 September

  Kertas peperiksaan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah ...

1
»

Welbeck Pamer Aksi Cemerlang Bantu England Tewaskan Switzerland

  PASUKAN England menewaskan Switzerland 2-0 pada aksi ...

65.1K Share Twitter 0 Facebook 18 Google+ 65.1K Email -- 65.1K SHARE ×